Selasa, 12 Mac 2013

Tazkirah Margrib


Wahai Sahabat ....


"..alangkah bertuahnya, jika aku mempunyai sahabat yg beramal s0leh…yg akan sentiasa mengingatkan ku kpd-Nya…yg akan selalu mengajak ku utk s0lat berjemaah pd setiap fardhu ....sunat Tahajjud di pertengahan malam pd setiap hari…yg akan mengajar ku mengaji Al-Quran, mengikut tajwid & sebutan yg betul…


Kerana sesungguhnya, aku manusia kurang fasih mengenainya…& maka itu, alangkah bertuahnya ...jika aku mempunyai sahabat yg baik…yg akan memberi ku usrah setiap hari…yg akan mengajak ku utk menjadi seperti mereka, dgn tatacara yg menyenangkan…yg akan sentiasa mengajak ku melakukan ibadah pd jln-Nya…Subhanallah...~~~






..aku...aku dambakan sahabat yg benar, yg akan memberi ku nasihat agar sentiasa ingat pd-Nya..ya..~! kerana sesungguhnya aku manusia mudah alpa…mungkin juga, leka & lalai...


Ya ALLAH..aku mem0hon semoga aku akan mempunyai sahabat yg mukmin... & dpt sentiasa bersama dgn mereka…bersama2 dlm mencari keredhaan-Mu, Ya ALLAH...yg akan menjadi ‘medium’ agar sentiasa dekat dgn-Mu... juga meraih rasa cinta kpd-Mu…"



Bersahabatlah kerana ALLAH, bukan kerana dunianya..

Bukan kerana luarannya...ikhlaslah kerana ALLAH..


SUBAHANNALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAH HU AKHBAR





 ~~~CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH SAW~~~

Ikutilah , Contohilah


Suatu Malam


Suatu malam Baginda Rasulullah SAW dan isterinya Sayidatina Aisyah r.ha berdiri di depan rumahnya sambil memandang keindahan langit ciptaan Allah SWT. Sayidatina Aisyah r.ha bertanya kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah SAW, pahala siapakah sebanyak bintang-bintang di langit itu?

Di dalam hatinya sayidatina Aisyah r.ha menyangka pahala sebanyak ini pasti pahala bapanya. "Pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar (r.a.)", jawab Rasulullah SAW. 

Sayidatina Aisyah r.ha terkejut, lalu ia bertanya: "Ya Rasulullah SAW bagaimana dengan bapaku?".

Rasulullah SAW tersenyum kepada isterinya sambil Beliau SAW berkata, ketahuilah isteriku, satu hari penghijrahan Abu Bakar (r.a.) bersamaku pahalanya lebih banyak dari pahala Umar (r.a.) dan keluarganya sehinggalah hari kiamat.





Sahabat sahabiyah sekalian, alangkah bahagianya jika kita dapat bersama dalam peristiwa penghijrahan Nabi SAW dari Mekah ke Madinah. Tetapi, ini adalah ketentuan Allah SWT. Dialah yang Maha Mengetahui atas segala mahkluk ciptaanNya.

Dalam masalah ikutan atau panduan, WAJIBlah atas kita menjadikan Rasulullah SAW dan para Sahabat r.a sebagai ikutan dan panduan kehidupan kita. 

Satu pepatah ulama pernah menyebut : "Jadilah kamu seperti mereka (para Nabi, para Sahabat, Para Tabiin dan Ulama' Sufi), jika kamu tak dapat nak jadikan kamu seperti mereka, maka buat-buatlah ikut seperti mereka, nescaya kamu akan berjaya di dunia dan akhirat".

Berusaha ke arah kebaikan..WALLAH HU A'ALAM.